"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak disyaki pukul bapa hingga mati

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memukul bapanya menggunakan penyodok hingga mati sebelum meletakkan mayat mangsa di tepi jalan, dalam kejadian berhadapan sebuah kondominium di Sungai Way.

Suspek berusia 40-an didakwa membalut mayat mangsa dengan langsir.

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mayat mangsa berusia 74 tahun ditemui pada 2 pagi, Sabtu lalu.

“Suspek yang juga anak kandung mangsa telah ditahan, dia disyaki memukul bapanya dengan menggunakan penyodok sehingga menyebabkan kematian.

“Suspek kemudian bertindak membalut mangsa menggunakan langsir sebelum meletakkan mayat mangsa di tepi jalan,” katanya menurut BuletinTV3.

Fakhrudin berkata, siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan kepala, selain tangan sebelah kiri disyaki patah dan lebam di bahagian dada.

“Pemeriksaan di lokasi rumah mangsa pula, terdapat kesan tompokan darah di bahagian dinding dan pintu bilik tidurnya serta kesan seretan di bahagian ruang tamu,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga kesan tompokan darah di bahagian tempat duduk penumpang belakang sebuah kenderaan disyaki digunakan suspek untuk membawa mangsa.

Tiada ulasan: