"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Gambar) Bayi dilahirkan dalam lif, terus buang ke tong sampah

Agensi
RAKAMAN CCTV menunjukkan insiden berkenaan. FOTO Agensi

RAKAMAN CCTV menunjukkan insiden berkenaan. FOTO Agensi
Beijing: Selepas melahirkan bayi di dalam lif di bangunan kediaman di China, seorang wanita tergamak membuang anaknya itu ke dalam tong sampah.

The Straits Times yang memetik media tempatan melaporkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita yang tidak dinamakan itu sedang bercuti di Chongqing, memasuki lif dengan membawa beg pakaian pada 21 Ogos lalu.

Video itu menunjukkan dia memakai baju 'overall' dan membongkok di sudut lif sebelum dilihat mengeluarkan bayi dari bahagian bawah pakaiannya.

Wanita itu kemudian menggunakan kertas tisu untuk mengelap darah bayi, kasutnya dan lantai lif, lapor akhbar China Huanqiu.com, Sabtu lalu.

Selepas lif berhenti, wanita itu keluar dan terus membuang bayi itu ke dalam tong sampah di lobi bangunan berkenaan.

Dia juga menggunakan kertas tisu untuk menyembunyikan dan membuang bayi yang baru dilahirkannya itu, lapor Huanqiu.

Seorang lelaki warga emas, yang kebetulan berada di lobi, menyedari kelakuan aneh wanita itu sebelum memeriksa tong sampah berkenaan, tambah laporan itu.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak melihat ada bayi, sementara wanita terbabit mengelap kesan darah pada kasutnya dan meninggalkan lobi menggunakan lif lain.

Pada malam itu, bayi masih hidup itu ditemukan oleh penduduk, yang kemudian menghubungi polis.

Bayi itu dibawa ke hospital dan pekerja hospital yang tidak dikenali, dipetik oleh Huanqiu sebagai berkata, bayi itu dibenarkan keluar beberapa hari kemudian dan kembali ke pangkuan wanita itu dan pasangannya.

Polis daerah memberitahu saluran berita China, Qilu Evening News bahawa bayi itu sihat namun tidak dapat berkongsi butiran lanjut berhubung kejadian bagi menjaga privasi.

Insiden itu menimbulkan kemarahan di media sosial China dengan ada netizen mengecam wanita berkenaan sebagai tidak berperikemanusiaan.

"Tanpa belas kasihan, dia membuang darah dagingnya," kata netizen yang menyifatkan wanita itu lebih teruk daripada haiwan.

Tiada ulasan: