"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja perempuan, teman lelaki ditahan berkait kematian budak

Bernama

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang remaja perempuan dan teman lelakinya serta tujuh lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki yang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San, berkata semua mereka terdiri empat lelaki dan lima wanita yang semuanya berusia 16 hingga 48 tahun ditahan berasingan di sekitar Seberang Perai, semalam, bagi membantu siasatan.

“Pada 7 malam Sabtu, polis di kaunter aduan Balai Polis Seberang Jaya menerima maklumat daripada Hospital Seberang Jaya (HSJ) berhubung seorang pesakit iaitu kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia satu tahun meninggal dunia.

“Hasil siasatan dijalankan, mangsa dibawa ke HSJ oleh seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mengatakan kanak-kanak itu pengsan dan memerlukan rawatan sebelum suspek kemudian beredar dan meninggalkan mangsa di hospital,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, susulan kejadian itu polis menjalankan siasatan sebelum menahan semua sembilan individu termasuk suspek utama iaitu lelaki yang menghantar mangsa ke HSJ untuk menerima rawatan.

Tan berkata, berdasarkan siasatan awal, remaja perempuan berusia 16 tahun itu merupakan ibu kepada kanak-kanak malang tersebut yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Katanya, remaja itu meletakkan anaknya untuk dijaga teman lelakinya berusia 34 tahun ketika dia keluar bekerja dan lelaki yang tidak bekerja itu disyaki suspek utama dalam kes ini.

“Selain itu, kami turut menahan seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun iaitu rakan kepada ibu mangsa dan nenek kanak-kanak tersebut bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, siasatan polis juga mendapati nenek kanak-kanak itu sudah lama mengenali suspek utama dan tahu mangsa dijaga olehnya ketika ibu mangsa keluar bekerja.

Beliau berkata, laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan usus pecah dipercayai dipijak dan terdapat kesan pukul.

“Semua mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya.

Tiada ulasan: