"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bunuh rakan kerana ganggu teman wanita Polis berkata siasatan awal mendapati

Bernama
Mayat seorang lelaki ditemukan dalam parit di kawasan kebun sawit di Jalan Pasir, Kampung Sungai Payung Baruh, Rungkup, Bagan Datuk, Rabu lalu. (Gambar Facebook)
IPOH: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun kerana disyaki membunuh lelaki yang mayatnya ditemukan dalam parit di Jalan Pasir, Kampung Sungai Payung Baruh, Rungkup, Bagan Datuk, Rabu lalu.

Ketua Polis Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata remaja itu ditahan di Hutan Melintang, Sabtu lalu.

“Mayat dikenal pasti merupakan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun dan mereka berdua adalah rakan dan jiran di sebuah taman perumahan di Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca pembunuhan adalah disebabkan suspek cemburu kepada si mati kerana mengganggu teman wanitanya yang berusia 20 tahun.

Katanya, suspek mengaku membunuh mangsa pada 20 Ogos lalu sebelum membuang mayat si mati di lokasi penemuan mayat tersebut.

Ahmad turut menafikan maklumat tular mendakwa terdapat dua orang mangsa bunuh dalam kejadian itu.

Rabu lalu, polis menerima maklumat pada 4.48 petang daripada orang awam mengenai penemuan mayat dalam keadaan tertiarap dalam parit di kawasan kebun sawit.

Mangsa yang memakai baju berwarna merah dan berseluar pendek ditemukan dengan beberapa kesan luka pada bahagian tangan, kaki dan leher.

Hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematian disebabkan oleh luka potongan pada bahagian kepala dan leher.

Tiada ulasan: