"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

26 dalil kenapa PN mengancam kedudukan Melayu Islam

HarapanDaily.com

PENULIS KHAS

Perikatan Nasional (PN) PN mengangkat faham asobiyah jahiliyah dan taasub melampau yang akan menjadi fitnah kepada Islam sebagai agama yang adil untuk semua kaum dan manusia.

PN mengguna kaedah matlamat menghalalkan cara walaupun cara yang batil dan bertentangan dengan syariat.

PN menanam kebencian dan prasangka kepada kaum lain selain Melayu walaupun ada kaum lain yang Muslim dan bersikap positif kepada Islam dan Melayu.

PN membenarkan amalan takfiri dan melebel pihak lawan politik sebagai musuh Islam.

PN membawa imej sanggup berperang dengan sesama Islam dan mudah mengguna istilah kafir harbi kepada mereka yang tidak menyokong parti yang mengguna nama Islam.

PN merestu serangan terhadap Raja-raja Melayu dengan menolak cadangan menubuh kerajaan perpaduan dan mempersoal arahan Raja-raja supaya jangan memperalatkan agama dan sentimen perkauman serta tidak berpolitik di masjid dan surau.

PN menyebar fitnah kepada kerajaan perpaduan dan pimpinan kerajaan dan sanggup menjatuhkan kerajaan dengan cara melanggar mandat rakyat dalam demokrasi berparlimen.

PN sanggup mengguna politik wang untuk meraih sokongan Melayu. Ratusan juta ringgit diguna untuk pilihanraya dengan mengguna media sosial bagi menyebar fitnah.

PN tidak kisah kepada rasuah dan salahguna kuasa serta mengguna wang rakyat untuk berkuasa walaupun ia akan menjahanamkan masa depan bangsa dan agama.

PN guna anak muda Melayu untuk sebar fitnah melalui media sosial bertujuan menjatuhkan imej pemimpin kerajaan walaupun ia akan merosakkan akhlaq anak Melayu.

PN menolak apa sahaja kebenaran yang dibawa oleh kerajaan perpaduan walaupun sesuai dengan Islam hanya kerana mahu menjatuhkan kerajaan. Kebenaran bukan prinsip PN tetapi PN tertegak atas asas kebatilan dan hasad dengki yang mendalam.

PN melalui Bersatu dan PAS mahu membunuh UMNO sebagai wadah politik Melayu yang lama dan masih releven serta menyerang UMNO melalui fitnah dan sikap permusuhan yang merugikan orang Melayu dan Islam.

PN tidak hormat pengiktirafan para Ulama dunia terhadap kepimpinan DS Anwar Ibrahim dan berusaha menyebar fitnah dengan cara melebel beliau dengan lebel yang jahat. Ini merosakkan imej Islam kepada negara di mata dunia dengan sikap melampau dan ekstrimis.

PN melaung slogan ketuanan Melayu dan kedaulatan Islam tetapi sanggup melanggar prinsip uruskelola kerajaan yang menekankan integriti sehingga merosakkan imej bangsa dan negara dengan amalan rasuah dan merompak harta rakyat dan negara.

PN menerima pendirian parti komponen Gerakan yang terang-terangan menentang perlaksanaan Islam di negara ini melalui tindakan mahkmah. Isu RUU hanya menjadi gimik politik PAS dalam PN. Kini bersekongkol pula dengan Gerakan yang jelas memusuhi Islam.

PN mengguna sumbangan wang judi untuk kepentingan politik dalam pilihanraya yang diperakui oleh seorang pengusha judi yang menyalur wang kepada PN.

PN mengamalkan politik putar belit fakta, fitnah dan pembohongan yang terang – terangan sehingga kerap dihukum bersalah dalam bicara di mahkamah kerana saman mengfitnah.

PN tidak hirau kerosakkan kepada minda dan akhlaq generasi muda Melayu khusunya dengan menanam kebencian dan sikap permusuhan mendalam terhadap kerajaan perpaduan yang membawa konsep Madani yang jelas bersifat Islamik.

PN mempertajamkan sentimen perkauman dan menyentuh sensitiviti agama yang boleh mencetus ketegangan antara kaum dan penganut agama serta menjejaskan keselamatan awam.

PN pada hakikatnya tidak mementingkan isu perpaduan ummah kerana keutamaan yang paling diberi fokus ialah merebut kuasa dan jawatan dalam kerajaan walaupun tidak mampu mentadbir dengan telus dan cekap.

PN membenarkan perpecahan di kalangan bangsa Melayu dengan menyebarkan sikap saling menuduh dan bertelingkah sehingga tegang antara ahli keluarga hanya kerana berbeza faham politik.

PN menerima kaedah maki hamum, bahasa kesat, lucah dan penghinaan sesama bangsa Melayu dalam ceramah umum, kuliah agama dan posting media sosial tanpa menghiraukan adab dan tatasusila bangsa. PN tidak peduli kepada adab dalam perbezaan pendapat sehingga sanggup melebel lawan dengan tuduhan kafir, murtad, batal syahadah, rosak aqidah dan dajal.

PN menanam sikap pra sangka kepada institusi keselamatan awam, pihak penguatkuasa dan institusi perundangan. Prasangka terhadap siasatan oleh pihak berkuasa seperti PDRM boleh menjejaskan keselamatan awam.

PN membenarkan memperalatkan institusi pendidikan dari pra sekolah, sekolah rendah, menengah sehingga institusi tinggi untuk menanam sikap politik fanatik kepada parti.

PN sanggup mengguna kanak-kanak Melayu dalam kempen politik tanpa mengira kesan kepada minda dan emosi generasi masa depan bangsa Melayu.

PN mengguna sekolah agama, pondok, maahad tahfiz dan madrasah sebagai pusat meracuni pemikiran pengajar dan penuntut dengan sikap ekstrimis dan minda ganas terhadap musuh politik.

*Tulisan ini dibuat oleh PENULIS KHAS untuk kepentingan umat Islam dan Melayu di Malaysia.

Tiada ulasan: