"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sultan Johor: Anwar perlu diberikan lebih masa bangunkan ekonomi

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI 
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberikan lebih banyak masa untuk membangunkan ekonomi negara, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Memetik laporan media The Star, Sultan Ibrahim bertitah, ia berikutan masalah krisis kewangan yang didepani oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar ketika ini amat mencabar.

“Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Saya percaya beliau memerlukan lebih banyak masa,” titah baginda pada semalam dalam satu temubual disiarkan Sin Chew Daily semalam.

Selain itu, baginda turut melahirkan rasa lega kerana lawatan rasmi Anwar ke China pada awal tahun ini berjaya membawa kembali banyak hasil positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Delegasi lawatan yang bermula pada 29 Mac hingga 1 April itu menyaksikan Malaysia memperoleh komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion dari China.

Dalam perkembangan yang sama, Johor mendapat sebahagian besar daripada komitmen berkenaan dengan pelaburan RM80 bilion daripada syarikat petrokimia terbesar China, Rongsheng Petrochemical Co Ltd.

Tiada ulasan: