"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan pak cik umur 57 tahun, disyaki pegang kemaluan dan cium pipi ‘rider’ lelaki ketika hantar pesanan

WAN SITI AMINAH

Seorang penghantar makanan berdepan dengan detik cemas apabila dirinya dicabul oleh pelanggan selepas menghantar pesanan ke rumah lelaki terbabit.

Pelanggan terbabit didakwa telah bertindak memegang bahagian sulit dan mencium pipi penghantar makanan itu ketika pesanan diserahkan kepadanya.

Akibat daripada kejadian yang berlaku di Sungkai, Tapah, Perak itu, penghantar makanan yang berusia 34 tahun tersebut dikhabarkan mengalami trauma.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Mohd Naim Asnawi mengesahkan bahawa insiden itu berlaku Khamis lalu, pada jam 9.30 malam.

Bertindak atas laporan mangsa, suspek yang berusia 57 tahun itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis pada pukul 10.30 malam, di hari yang sama.

Setelah siasatan lanjut dijalankan, suspek lelaki itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokkan harinya (Jumaat) kira-kira pukul 1 pagi.

“Pada 24 Ogos sekitar jam 9.30 malam, pihak Polis Daerah Tapah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan.

“Mangsa menyatakan semasa menghantar pesanan makanan di sebuah rumah di kawasan Sungkai, Tapah, mangsa telah dicabul oleh seorang lelaki berusia 57 tahun dengan cara memegang kemaluan dan mencium pipi mangsa.

“Siasatan telah dijalankan dan tangkapan ke atas suspek telah dibuat pada hari sama lebih kurang jam 10.30,” kata Naim memetik Astro Awani.

Menurut Naim, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.

Jika didapati bersalah, suspek juga berdepan dengan hukuman denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Tiada ulasan: