"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mengapa pemimpin BN yang sudah jelas ditolak rakyat, dilantik anggotai "Kabinet Rakyat"?


 

PAS menempelak perlantikan tiga orang menteri yang telah ditolak rakyat menganggotai kabinet baru kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dinamakan "Kabinet Rakyat", lapor Irwan Mohamad Zain.

Mereka ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri DiJabatan Perdana Menteri), Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Awang Adik Husien (Timbalan Menteri Kewangan).

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan perlantikan tiga senator tersebut jelas menunjukkan BN ketandusan tokoh untuk dilantik sebagai menteri. Kamaruddin menegaskan rakyat telah menilai Key Peformance Indexs tiga menteri terbabit dan menolak mereka dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

"Apa namanya kabinet rakyat jika menteri yang dipilih terdiri daripada mereka yang telah ditolak rakyat. Ketiga-tiga mereka ini KPI mereka telah dinilai oleh rakyat tetapi tetap dipilih sebagai menteri," tegas Kamaruddin. Beliau juga menegaskan kabinet yang baru dibentuk Najib itu merupakan senarai yang dipilih oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad.

Perkara tersebut tegas beliau membuktikan Najib tidak mampu untuk mentadbir negara kerana terpaksa mengikut telunjuk pihak lain untuk membentuk barisan menteri yang akan bekerja bersama beliau.

Justeru itu tegas Kamaruddin, kabinet baru BN itu memberi peluang kepada rakyat menilai ketidakupayaan Najib sebagai Perdana Menteri seterus menolak BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Untuk makluman, seramai enam Senator dilantik menyertai kabinet seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri 9 April lalu. Mereka ialah Dr. Koh Tsu Koon, Shahrizat Abdul Jalil, Dr. Awang Adik Husein, Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Chew Mei Fun. 

Tiada ulasan: