"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua Agama Bagi Umat Isam Selangor Memanggil Hassan Ali Mengadap

Exco Hal Ehwal Agma Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan, Shah Alam, petang tadi.

Perjumpaan khas itu dipercayai berkaitan titah Sultan Selangor yang mahukan penjelasan daripada Dr Hassan berhubung isu larangan penjualan arak dan pemberian kuasa kepada penjawat masjid bagi menangkap pesalah syariah di negeri itu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam pertemuan empat mata itu, Dr Hassan memberi taklimat langsung kepada baginda berhubung isu kontroversi itu dan pentadbiran agama Islam di negeri itu.

“Dia hendak mengadap Sultan untuk menerangkan (apa) yang telah beliau usahakan. Bukan sahaja dari segi pembanunan agama Islam. (Kehadiran) beliau juga (sebagai) exco dalam bahagian pembangunan masyarakat Melayu,”

“Oleh sebab itulah, beliau ingin mengadap Sultan untuk menyatakan usaha yang beliau lakukan. Walaupun, akhir-akhir ini terdapat beberapa kenyataan mengenai isu penjualan bir, mengenai isu kuasa jawatankuasa masjid, itu pun mungkin akan dibangkitan oleh Datuk Hassan dalam perjumpaan mengadap tuanku,” katanya

Menteri besar mengulas pertemuan Dr Hassan dengan baginda Sultan dalam sidang media di kediaman rasminya di Shah Alam tengah hari tadi.

Abdul Khalid berkata, beliau menyokong penuh usaha Dr Hassan untuk maklumkannya sendiri kepada Sultan Selangor.

“Tuanku memberitahu saya tentang perjumapaan tersebut. Saya memang menyokong usaha tersebut, supaya ada terdapat maklumat terus diberikan bagaimana usaha yang dilakukan oleh Dr Hassan Ali,” katanya.

Datuk Dr Hassan yang meninggalkan Istana Kayangan, kira-kira jam 2.55 petang tadi, bgaimanapun enggan mengulas lanjut pertemuan dengan baginda sultan.

-tvantara.com-

Tiada ulasan: