"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Melayu Melaka Di Halau Lagi.

kamarudin sidek
PETANG TADI SAYA DAN KETUA AMK MELAKA HAIRIZ NORDIN BERKUNJUNG KE TAPAK TAMAN REMPAH TEPI SG. MELAKA UNTUK MENINJAU DAN BUAT PREES CONFRAN. ISUNYA IALAH NASIB 21 PENIAGA MELAYU YANG BEROPERASI DI SITU DI ARAHKAN OLEH MPMBB UNTUK KOSONGKAN TAPAK PERNIAGAAN TERSEBUT DALAM MASA 7 HARI KONONNYA UNTUK DIMAJUKAN.

SAYA HADIR ATAS RASA SIMPATI NASIB PENIAGA KECIL MELAYU BUKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMATA - MATA. SAYA TAHU PENIAGA TERBABIT BUKAN PENYOKONG PEMBANGKANG TAPI ADA YANG SETIA DENGAN UMNO. APA YANG MENYEDIHKAN IALAH SEBAHAGIAN BESAR PENIAGA TAK BERANI BEKERJA SAMA DEDAHKAN DALAM MEDIA KONONNYA TAKUT DITINDAS OLEH MPMBB DAN TIDAK AKAN DILAYAN KEHENDAK MEREKA.

SEJARAH SAYA MENGHADAPI PIHAK PBT DALAM ISU KEPENTINGAN ORANG MELAYU, MEMANG TAK AKAN BERHASIL DENGAN CARA PUJUK RAYU, WALAU PUN YANG TERTINDAS ITU MELAYU UMNO. SILAP - SILAP PAMPASAN PUN TAK DAPAT. KEBETULAN JIWA MELAYU UMNO NI MEMANG TAKUT KERAJAAN. TENGOK APA JADI NASIB ORANG MELAYU DI TANAH MERAH DAN PANTAI KUNDUR. BEGITU JUGA BAZAR MARA DI BANDAR HILIR ?

DULU SEMASA BARU TAMAN REMPAH NAK BEROPERASI SEBAGAI JETI PELANCONG NAIK BOT KE PERSISIRAN SG. MELAKA, PENIAGA MELAYU DIPANGGIL BERNIAGA UNTUK MERIAHKAN LAGI JETI TERSEBUT. TAPI APABILA TEMPAT TU DAH MAJU DAN ADA NILAI KOMERSIAL, MAKA DIHALAU BANGSA SENDIRI UNTUK BERI TAUKEH BESAR MASUK BUAT PROJEK MEGA.

DULU LAGI SAYA DAH SEBUT DASAR KERAJAAN MELAKA DI BAWAH ALI RUSTAM IALAH MAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN DAN DALAM MASA YANG SAMA HALAU BANGSA SENDIRI KALAU TEMPAT TERBABIT DIPERLUKAN PELANCONG. SAYA RASA ISU MACAM NI PERLU DISELESAIKAN OLEH DATUK IBRAHIM ALI PRESIDEN PERKASA YANG BERKOBAR - KOBAR PERTAHAN MELAYU.

http://kbsn26melaka.blogspot.com

Tiada ulasan: