"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Mike Tyson' kembali lagi?

Al-Brangi
Jikalau Umno meletakkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib bertanding di PRK Parlimen Hulu Selangor, maka kerja-kerja untuk mengekalkan kerusi di situ akan menjadi sedikit rumit kepada Pakatan Rakyat.

Secara amnya ahli 'totok' Umno tidak memandang segala apa yang tercalit di muka seseorang pemimpin mereka. Cukup setakat pemimpin mereka datang menjengok sekali sekala dan menghulurkan sedikit 'habuan'.

Mereka tidak kesah apa yang pemimpin 'buat' di belakang mereka, apa yang mereka mahu apa yang pemimpin 'buat' di hadapan mereka.

Ini terbukti di PRK Bagan Pinang. Umno/BN menang selesa dengan majoriti besar walaupun 1 Malaysia tahu siapa calonnya, malah Mahathir sendiri tidak menyetujuinya menjadi calon.

Bila berhadapan dengan ahli 'totok' Umno, soal rasuah, buruk-laku, tidak amanah, penyelewengan, tidak bermoral dan lain-lain tidak masuk dalam kepala otak mereka.

Apa yang mereka mahu ialah benda yang boleh di'pegang', boleh di'rasa' dan boleh di'nampak' dan di'dengar' contohnya wang, tampal jalan, bantuan bumbung terbang, bantuan beg sekolah, bantuan basikal sekolah, usapan tangan pemimpin kepada yang sakit, pertanyaan perkhabaran oleh wanita dan puteri kepada pak cik dan mak cik, kain pelikat serta batik dan berbagai-bagai 'goodies' pilihanraya lagi.

Mereka hanya mendengar berita sahih oleh perawi-perawi dari TV penjilat Umno sahaja dan mereka hanya faham berita yang ditulis atau karangan oleh 'Al-Ilmuan' dari media penjilat Umno sahaja.

Tiada ulasan: