"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parti keadilan rakyat perlu tubuh sekolah pendidikan

Abdullah Ngah

Sama ada puncuk kepimpinan parti keadilan rakyat (PKR) sedar atau tidak, tetapi kemasukan Fairus semula kedalam UMNO jelas ada banyak yang tidak kena.

Kalau zaman Rasulullah SAW dahulu diadakan pusat tarbiyyah untuk mendidik sahabat dalam memperjunagkan Islam.

Sangat tidak kena PKR tidak mengadakan sekolah untuk memdidik YB, YB dan ahlinya dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan parti.

Setakat hari ini bukan tiada sekolah pun untuk mendidik YB YB dan hali PKR, malahan tiada banyak cawangan. Apatah lagi peti undi.

Kalau di Terengganu tiada sebuah pun cawangan diujudkan. Kalau cawangan tidak mampu diwujudkan bagaimana hendak wujudkan peti undi.

Kepimpinan PKR Macam Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan tidak tahu perangai YB YB dan halinya.

Mereka kebanyakannya berasal dari ahli UMNO yang pernah gila kuasa, yang pernah gila pangkat, yang pernah mata duitan.

Ramai yang terbeban dengan hutang bank dan tidak kurang juga yang kaki perempuan kaki arak kaki judi kaki rasuah kaki riba.

Mereka ini mesti di masukkan dalam sebuah sekolah sepertimana yang pernah Rasulullah SAW wujudkan.

Kalau tidak mampu berbuat demikian, tidak mustahil ramai lagi YB YB dan ahli pkr akan menyertai UMNO dengan alasan tidak yakin dan percaya dengan PKR.

Macam mana boleh yakin dan percaya dengan PKR sedangkan perangai mereka masih dengan perangai lama.

Bukan setakat itu sahaja malahan kebanyakan orang PKR akidahnya belum benar benar bersih,

Setakat hari ini Zulkifli Noordin seorang sahaja yang nampak bersih dengan akidah sehingga ada pihak sarankan sesuai duduk dalam PAS.

Maaf kerana sebutan sekolah akan membuat orang PKR marah, kerana kebanyakan mereka dah lulus universiti.

Kalau hendak wujudkan sebuah sekolah pendidikan untuk mendidik orang PKR tidak mampu macam mana hendak wujudkan sebuah universiiti yang pasti memerlukan kos ratusan juta ringgit.

Awaslah wahai datuk Seri Anwar Ibrahim yang punya citarasa untuk memerintah malaysia dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Tiada ulasan: