"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dibebas

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Setiausaha Sultan Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud yang ditahan untuk siasatan, dipercayai berkaitan dengan krisis Istana Kelantan sejak Khamis lalu, dibebaskan atas jaminan polis petang ini.

Menurut anggota keluarganya, Wan Hashim dibebaskan kira-kira 4 petang tadi.

Beliau yang disambung reman selama dua hari semalam berada di hospital kerajaan di sini kerana masalah kesihatan.

“Saya baru saja keluar dari pejabat polis, buat urusan jamin,” kata anggota keluarga berkenaan yang kemudiannya pergi ke hospital untuk membawa pulang Wah Hashim.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: