"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yen Yen, Ping Siew, Donald Lim disebut menang VP

Khabar angin tersebar bahawa tiga naib presiden yang dipilih hari ini ialah Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Siew dan Datuk Donald Lim.

Manakala khabar angin tersebut menyatakan satu jawatan naib presiden dimenangi oleh sama ada Khoo Keok Hai atau Datuk Chor Chee Heung.

Manakala Datuk Kong Cho Ha pula dikatan sedang mendahului kiraan undi bagi jawatan timbalan presiden.

Para perwakilah mula memasuki semula ibupejabat MCA untuk menunggu pengumuman keputusan pemilihan hari ini.

Ng kemudiannya tiba di Wisma Mac sambil kelihatan mengucap terima kasih penyokongnya.

Ia dilihat sebagai petanda yang beliau berjaya mengekalkan jawatan naib presiden.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: