"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zul Noordin: Saya tidak keluar PKR

Adip Zalkapli

PETALING JAYA, 1 Mac: Di sebalik dua rakannya mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin menafikan desas-desus bahawa beliau juga akan mengikuti langkah mereka.

Ahli Parlimen penggal pertama ini kini disiasat oleh lembaga disiplin ekoran tindakannya membelakangi semangat parti dan Pakatan Rakyat dengan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berhunung isu kalimah “Allah”.

Spekulasi bertiup kencang Zulkifli akan melangkah keluar dari PKR susulan tindakan rakan sejawatannya dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim tiga minggu lalu dan wakil rakyat Nibong Tebal Tan Tee Beng hari ini.

“Saya telah mengatakan sebelum ini bahawa firaun-firaun kecil dalam parti boleh menunggu saya daripada dikeluarkan... sehingga pagi ini saya mendengar cerita bahawa saya tidak akan menghadiri siasatan lembaga disiplin,” kata beliau selepas menghadap lembaga disiplin kira-kira sejam di pekarangan ibu pejabat PKR hari ini.

“Saya telah bertindak dengan ikhlas dan saya telah menulis tiga surat kepada lembaga disiplin,” tambah beliau.

Zulkifli juga menafikan dakwaan bahawa telah mengaturkan sidang media yang diadakan oleh Tan di ibu negara pagi tadi.

“Ia tiada kaitan dengan saya, ini cerita sengaja dibuat,” kata beliau.

Bagaimanapun beliau sedih kerana Tan memutuskan untuk meninggalkan parti.

“... mungkin beliau sudah sampai tahap di mana tidak lagi boleh berkompromi,” katanya.

Mengenai kenyataan bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim bahawa kira-kira 10 Ahli Parlimen PKR kemungkinan akan keluar dalam waktu terdekat, Zulkifli berkata, beliau bukan salah seorang daripada mereka.

“Anda kena tanya pada bekas setiausaha agung,” katanya.

Mengenai sesi menghadap lembaga disiplin, Zulkifli berkata beliau telah membangkitkan lapan isu dalam mempertahankan kedudukannya.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: