Azmi
Tanpa kita sedari, beribu-ribu kanak-kanak di Malaysia berkemungkinan telah didedahkan dengan gambar lucah. Astro baru-baru ini menyiarkan rancangan animasi “The Detective Conan” pada setiap malam hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 setengah malam. Pada penghujung rancangan tersebut, ketika lagu penutup dimainkan, terdapat imej wanita bogel yang dipaparkan selama lebih kurang 5 saat.
Saya hanya menyedarinya pada hari Rabu, 5 Jun 2010, dan ianya terus ditayang pada hari-hari berikutnya, Khamis dan Jumaat. Apa yang disesalkan adalah aduan telah dibuat kepada “Customer Service” dan juga pegawai yang bertanggungjawab ke atas penyiaran rancangan tersebut pada lebih kurang pukul 10 pagi hari Jumaat. Bagaimanapun, pihak Astro masih gagal untuk menarik balik atau pembuat penyuntingan pada rancangan tersebut sehingga imej tersebut masih ditayangkan pada waktu petang hari yang sama. Mungkin alasan yang diberikan adalah masa terlalu singkat untuk membuat pengubahsuaian namun ia tidak cukup kukuh memandangkan keburukan yang didatangkan adalah cukup besar.
Pihak Astro sepatutnya meletakkan tanggungjawab sosial mereka lebih tinggi berbanding tambahan kerja yang mungkin perlu mereka lakukan. Tambahan pula, pegawai terbabit seperti sudah mengetahui tentang gambar tersebut sehingga sempat menanyakan “gambar perempuan yang pakai baju ‘transparent’?” Kalaulah pun benar dakwaan beliau itu, adakah perbezaan baju transparent dan tidak bebaju? Diharapkan agar pihak Astro lebih teliti dalam memlih kandungan rancangan mereka dan ibubapa sentiasa mengawasi rancangan yang ditonton oleh anak-anak mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan