Royalti pengeluaran pasir sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor meningkat hampir tiga kali ganda lebih banyak berbanding ketika pimpinan Umno Barisan Nasional memegang tampuk kuasa.
Pendapatan ini membantu usaha kerajaan Selangor meningkatkan kebajikan rakyat di negeri ini.
Mengikut rekod yang diberi kepada Selcat, kerajaan Umno BN mengutip 3.4 juta ringgit bagi tahun 2005 dan 2006.
Pada 2007 pula, kutipan berjumlah 2.9 juta ringgit.
Bagaimanapun, pencapaian ini meningkat sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor apabila mencatat kutipan 6. 3 juta pada 2008 dan 5.4 juta bagi tahun berikutnya
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga menolak dakwaan Umno BN kononnya memperoleh kutipan 21.5 juta yang sebenarnya termasuk hasil perlombongan kuari di hutan simpan Selangor.
Pada satu kenyataan media, beliau menegaskan Kerajaan Selangor tidak akan melindungi mana-mana pihak yang menyeleweng dan melakukan salah guna kuasa
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada SELCAT yang menjalankan sessi pendengaran awam bagi menyiasat dakwaan wujud penyelewengan
Selcat juga menjadi bukti masalah kecurian pasir sudah lama berlaku sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.
Sebaliknya, kewujudan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dapat membendung gejala ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan