"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“ Tuan Hakim ! Bagus, Bagus, Bagus Tuan Hakim !!! Ha Ha Ha Ha,,," - Naji

ulitmayang
Azahar, pada ketika itu seorang pendakwa raya, dituduh memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim bersama Gani Patail ketika perbicaraan kes rasuah pada 1999 dalam kes Zainur Zakaria melawan Pendakwa Raya. Mahkamah Persekutuan kemudiannya memutuskan terdapat kes "prima facie" untuk menjustifikasikan permohonan untuk menolak penglibatan kedua-dua pendakwa raya ini, kerana kedua-duanya tidak menafikan pertuduhan pada ketika itu. Kenyataan itu tidak bercanggah atau dicabar sehingga hari ini

Petisyen Zaid: Sistem Kehakiman Makin Reput

Keputusan Hakim Azahar Mohamed untuk menolak permohonan Zaid Ibrahim membuka lembaran sejarah paling kotor dalam pilihan raya kecil (kawasan parlimen Hulu Selangor). Keputusan ini memang dijangka.

Malahan, sebaik sahaja saya mendapat tahu Ketua Hakim Zaki Azmi – bekas pemimpin Umno – melantik Azahar untuk mengendali kes ini, saya tahu bahawa prospek Zaid menuju kehancuran.

Bukankah Azahar merupakan hakim yang mengendalikan penghakiman bersifat "double standard" dalam kes Speaker melawan Speaker di Perak pada 8 September 2009?

Dalam penghakiman itu, berhubung isu kekecuhan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei 2009, beliau menolak aduan V Sivakumar, speaker dari Pakatan Rakyat terhadap Speaker Barisan Nasional Ganesan atas alasan beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencampuri urusan DUN.

Tetapi beliau gagal untuk menyedari hakikat bahawa dengan mengisytiharkan pelantikan Ganesan sebagai speaker ketika dalam sidang DUN yang sama adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang.

Malahan beliau telah campur tangan di mana beliau berkata beliau cuba mengelak dari campur tangan.Tindakan Azahar yang bercanggah ini begitu ketara, ibarat menampar muka sendiri. Sila baca rencana bertajuk "Speaker melawan Speaker: Hakim Azahar Menampar Mukanya Sendiri" dalam buku saya, "The March to Putrajaya."

Reputasi Azahar dicurigai

Dan bukankah Azahar sebagai pendakwa yang dituduh memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim ketika perbicaraan rasuah 10 tahun lalu, yang mendapat kutukan dari seluruh dunia sebagai pencabulan terhadap keadilan dan pendakwaan bermotifkan politik semata-
mata? (Ini merupakan suatu pertuduhan di mana Azahar tidak menafikannya).

Apa lagi keputusan yang boleh kita harapkan daripada seorang bekas pemimpin Umno yang melantik seorang hakim yang mempunyai reputasi buruk untuk mendengar kes politik berprofil tinggi ini?

Sekarang, mari kita melihat penghakiman Azahar secara teliti dan terperinci.Azahar membenarkan permohonan P Kamalathan dari Barisan Nasional (BN) untuk menyingkir petisyen Zaid berdasarkan alasan-alasan berikut:

  • Zaid gagal untuk mengenalpasti penerima dari perbuatan rasuah.
  • Zaid gagal membuktikan bagaimana tindakan-tindakan dakwaan rasuah telah mempengaruhi keputusan pilihan raya itu.
  • Zaid gagal menyediakan teks penuh atau transkrip dakwaan rasuah.

Dakwaan Zaid tentang berlakunya rasuah dalam petisyen ini hanya tertumpu kepada tawaran Perdana Menteri Najib Tun Razak sebanyak RM3 juta kepada sebuah sekolah Cina dan tawaran bayaran tunai kepada para peneroka Felda walaupun terdapat banyak lagi tawaran kebendaan sebagai umpan oleh BN melibatkan nilai berjuta-juta ringgit ketika kempen pilihan raya.

Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan: