"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ulat-ulat hospital

cucupakkasim
Sebelum ini sudah banyak kali gurkah-gurkah politik di'port' ada dengar cerita bagaimana hospital-hospital 'private' di Penang ini sering berebut pesakit-pesakit yang datang dari luar dimana 99.5% adalah pesakit-pesakit yang datangnya dari Indonesia.
(
pada tahun 2009, terdapat 202,000 pesakit-pesakit dari luar negara yang kebanyakanya dari Indonesia datang untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Penang)

Kebanyakan pesakit-pesakit ini, ada yang sudah sampai ke kaunter pendaftaran di-sesebuah hospital itu masih sempat dicuri oleh hospital-hospital lain dengan menawarkan pakej-pakej yang lebih menarik membuatkan pihak-pihak hospital-hospital itu terpaksa menyediakan perkhidmatan tambahan kawalan keselamatan mereka dari mengelak kejadian mencuri pesakit ini. Namun masih juga ada gaduh-gaduh kerana berebutkan pesakit sesama ulat-ulat yang mewakili hospital-hospital masing-masing.

(
ingatkan syarikat-syarikat bas saja yang ada ulat-ulat berebut penumpang)

Sehubungan dengan itu dengan inisiatif dari Lim Guan Eng yang mahu memajukan Penang sebagai industri perubatan, tujuh buah hospital persendirian di Pulau Pinang ini telah bersepakat untuk menubuhkan Persatuan Kesihatan Pulau Pinang (Penang Health Association) - satu platfom untuk untuk mempromosi negeri ini sebagai syurga perubatan untuk pelawat-pelawat merangkap pelancong-pelancong kesihatan.

Kini Gleneagles Medical Centre, Lam Wah Ee Hospital, Island Hospital, Loh Guan Lye Specialist Centre, Mount Miriam Hospital, Pantai Hospital Penang dan Penang Adventist Hospital telah bekerjasama dan bersatu padu untuk menaikan imej Penang sebagai pusat rawatan kesihatan, daripada menaikan imej sesebuah hospital itu.

dari blog:
http://dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee -
Tiap-tiap hari di airport anda boleh jumpa dua atau tiga ambulan persendirian sedang menunggu penerbangan tiba untuk membawa pesakit-pesakit yang tiba.

Tiada ulasan: