"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hillary Hubungi Anwar Sentuh Kes Konspirasi II


SANDAKAN 3 Nov: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton disahkan ada menghubungi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk bertanya tentang keadaan beliau, isterinya dan juga kes liwat kedua yang sedang dihadapinya.

Anwar juga memaklumkan tiada pertemuan empat mata dengan Hillary Clinton tetapi memberitahu, Clinton meminta maaf kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana gagal bersapa dengan beliau pada satu majlis di ibu negara pagi semalam.

“Beliau bertanya tentang saya dan Azizah dan juga meminta maaf kerana pada majlis pagi ini(semalam), beliau hanya diberitahu tentang kehadiran Azizah selepas berakhirnya majlis itu.

“Dan, beliau meminta saya menyampaikan salamnya dan meminta maaf kerana tidak menyedari kehadirannya ketika dialog itu,” kata Anwar selepas satu majlis kempen di sebuah restoran di sini semalam.

Tambah Anwar , Clinton juga memperlihatkan keprihatinan berhubung kes konspirasi II yang sedang dilaluinya sekarang dan memaklumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengikuti dengan rapat kes tersebut – yang kedua dalam sedekad ini.

“Beliau bercakap mengenai keadaan saya dan saya memberitahu beliau bahawa saya perlu melalui proses perundangan sewajarnya.

“Beliau mengatakan bahawa Amerika Syarikat ambil berat dan mahu kerajaan Malaysia menghormati lunas perundangan,” kata Anwar lagi yang berada di Batu Sapi.

Bernama sebelum ini melaporkan kerajaan tidak mempunyai halangan bagi Clinton untuk menemui ketua pembangkang itu kerana sudah menjadi adat bagi para pemimpin untuk bertemu kedua-dua pemimpin kerajaan dan pembangkang dalam mana-mana lawatan negara.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagaimanapun berkata tindakan itu pada masa ini tidak akan membawa petanda baik memandangkan perbicaraan kes konsprasi II Anwar masih berjalan dan kerajaan tidak mahu ia memberi isyarat yang salah kepada rakyat....

Tiada ulasan: