"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tabung amanah Teoh beng Hock kumpul RM491,212

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Tabung amanah Teoh Beng Hock (TBH TrustFund) telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM491,212.31 sehingga 23 Oktober 2010.

Menurut anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, dalam bulan Oktober sahaja, sebanyak enam pihak telah mengkreditkan wang mereka ke dalam akaun ini sebanyak RM2,430.00.


Sehingga 23 September lalu, perbelanjaan yang telah dibuat dari tabung ini adalah sebanyak RM19,236.75.


DAP telah menubuhkan tabung ini pada Julai tahun 2009 lalu untuk membiayai anak mendiang Teoh Beng Hock.


Sasaran RM500,000 dibuat untuk membiayai kehidupan, perubatan, pendidikan dan keperluan lain anak Beng Hock yang mati di bangunan SPRM Selangor itu.


Teo Nie Ching telah dilantik oleh DAP mewakili mereka di samping isteri Teoh, Soh Cher Wei menjadi pemegang amanah tabung ini.

Tiada ulasan: