"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gunung Merapi Meletup Dengan Letusan Lebih Kuat

GUNUNG MERAPI, INDONESIA 1 NOV: Gunung berapi Merapi terus meletup dengan letusan lebih kuat pagi tadi memuntahkan asap dan debu panas.

Gunung Merapi yang meletup hampir seminggu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini.

Namun kejadian terbaru ini tadi tiada kemalangan dan kecederaan yang dilaporkan.

Indonesia yang terletak di lingkaran api pasifik merekodkan 18 gunung berapi yang dikategorikan sebagai aktif. 

Sementara itu korban tsunami telah mencecah 450 orang tatkal usaha menyelamat ke kawasan terbabit masih giat dilakukan.
-tvsnews-

Tiada ulasan: