"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri Selvasanthiran Dakwa Suaminya DiBelasah Polis Dalam Tahanan

KUALA LUMPUR 1 Nov: Kumpulan yang memperjuangkan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mendakwa tahanan K Selvasanthiran telah "dipukul, ditendang dan ditumbuk" oleh pegawai polis selepas ditahan di bawah Akta Dadah Merbahaya, pada Jumaat lalu,

Suaram, dalam satu kenyataan media yang disiarkan berkata, isteri mangsa, Saraswathy Subramaniam memaklumkan kepada penyelaras Suaram E Nalini bahawa suaminya mendakwa beliau telah dipukul teruk sehingga menyebabkan beliau mengalami masalah pendengaran.

Menurut Nalini, isteri Selvasahthiran telah melawatnya pagi tadi dan Selvasanthiran mendakwa beliau telah teruk dipukul ketika berada di dalam tahanan.

Sarawasthy berkata beliau telah pergi melawatnya suaminya di Ibupejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pukul 10.30 pagi tadi, bersama-sama wakil Suaram dan peguam, Adlan Hadi.

"Semasa seminggu di dalam tahanan, Selvasanthiran telah dibawa ke hospital hanya sekali sahaja, tetapi tidak mendapat rawatan sempurna," kata Nalini.

Tambahnya, tahanan itu juga tidak mendapat perhatian yang secukupnya untuk dua hati pertama ketika ditahan, dan hanya dibawa ke hospital selepas tahanan lain memberitahu pegawai polis yang bertugas semasa itu.

Dalam pada itu, beliau berkata peguam sedang menyediakan permohonan harbeas corpus berhubung tahanan ke atas Selvasanthiran.

Nalini juga memaklumkan bahawa keluarga Selvasanthiran akan membuat aduan terhadap pihak polis yang telah mengasari Selvasanthiran ketika di dalam tahanan.

Pada awalnya, pihak polis dikatakan keberatan untuk membenarkan ahli keluarga Selvasanthiran datang melawat beliau, tetapi akhirnya mengalah selepas mereka "membuat bising".

Ketika ini, Selvasathiran ditahan di bawah Akta Dadah Merbahaya (DDA), yang membolehkan seseorang itu ditahan selama 60 hari tanpa bicara.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan tahanan yang membolehkan seorang yang ditahan sebelum dibawa ke mahkamah bagi membicarakan sama ada boleh dibebaskan atau tidak.

Tanpa arahan pembebasan oleh mahkamah, suspek berkenaan boleh ditahan selama dua tahun.

Kurang dari 12 jam daripada tangkapan di bawah akta tersebut, Mahkamah Koroner untuk membicarakan secara terbuka berhubung kematian, R Gunasegaran, yang mati ketika di dalam tahanan polis pada tahun 2009.

Di dalam Inkues tersebut, Selvasanthiran di dalam keterangannya berkata beliau telah melihat pegawai polis telah menendang mendiang Gunasegaran di bahagian dada.

Sementara, isterinya pula mendakwa Selvasanthiran telah digari dan kemudiannya dipukul di hadapan beliau dan anaknya semasa ditahan pihak polis di rumahnya, malam Isnin lepas.

Tiada ulasan: