"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu sumbangan RM20 - SPR Digesa Jangan Amalkan Sikap Dwi-Standard


KUALA LUMPUR 1 NOV: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai berat sebelah apabila membiarkan tindakan  Wanita UMNO memberi 'sumbangan' RM20 kepada pengundi di Pilihan Raya Kecil Batu Sapi namun mengecam bantuan yang dihulurkan PAS kepada pengundi di Galas.

Sedangkan ujar beliau, di Galas, PAS menyediakan alternatif dan juga bantuan dari segi kewangan kepada pengundi yang berada di luar kawasan sebagai galakan kepada mereka untuk pulang mengundi pada 4 November ini.

Tambah Mahfuz, sepatutnya SPR berterima kasih kepada PAS yang sanggup 'berkorban' dan menyediakan satu mekanisme yang seharusnya difikirkan oleh SPR sendiri.

"SPR tidak mencari jalan dan satu mekanisme hendak menggalakkan pengundi turun mengundi khususnya mereka yang berada di luar. Saya kira untuk mengelak perkara yang sedemikian rupa seperti parti-parti politik memberikan wang kepada mereka yang duduk di luar misalnya, SPR perlu mengenalpasti mereka dan membiarkan mereka mengundi di tempat mereka", ujar Mahfuz kepada TV Selangor di parlimen hari ini.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad sebelum ini lantang mempertikan tindakan PAS yang menawarkan saguhati perjalanan berjumlah RM250 kepada 1,557 pengundi luar Galas sebagai menyalahi Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

Bagaimanapun, SPR kelihatan mendiamkan diri dan seolah-olah buta mata dan hati apabila di Batu Sapi, Wanita Umno sibuk mengagihkan wang RM20 kepada orang ramai di kawasan berkenaan seperti yang dilaporkan oleh portal berita, Malaysiakini semalam.

Tambah Mahfuz, SPR sebagai badan bebas haruslah bertindak adil dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka dengan menyediakan langkah-langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah kurangnya kesedaran mengundi di kalangan rakyat Malaysia.

Mahfuz turut menolak alasan Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Jalil yang mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu berkenaan dengan 'sumbangan' RM20 yang diterima penduduk di Batu Sapi.

"Macamana beliau boleh tidak tahu menahu kalau ia melibatkan Wanita Umno, Puteri Umno dan sebagainya? Beliau kena tahu dari mana wang itu datang dan ke mana ia dialirkan dan jelas wang itu diberikan kepada penduduk atau pengundi-pengundi.

"SPR kena menjalankan siasatan dan berlaku adil lah. Panggil sidang akhbar dan beliau akan mengambil tindakan apa yang berlaku di Batu Sapi. Dan media-media juga haruslah memberi penekanan berkenaan isu ini. Jangan ambil isu di Kelantan sahaja, sedangkan di Kelantan itu saya rasa itu bertujuan membantu SPR agar proses orang keluar mengundi itu lebih ramai", katanya lagi.

Sementara itu, Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula menggesa SPR untuk segera melakukan siasatan berhubung laporan portal Malaysiakini itu.

Menurutnya, dalam dalam hal ini SPR kena mengambil berat dan pastikan adakah ianya satu imbuhan untuk mereka memancing undi sebaliknya..
Beliau menambah, interpretasi untuk menentukan samada tindakan berkenaan sebagai rasuah atau sebealkinya sebenarnya terpulang kepada SPR untuk sendir untuk mencari kesimpulan.

" Namun di Galas tidak boleh disamakan dengan di Batu Sapi. Di Galas, Ustaz Abdul Halim telah membuktikan wang berkenaan akan diberikan kepada pengundi yang berada di luar", kata Nizar lagi lagi.
-tvsnews-

Tiada ulasan: