"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Elektrik Terputus Sidang Dewan Rakyat Ditangguh


KUALA LUMPUR, 3 NOV: Sidang Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan sementara waktu selepas bekalan elektrik bangunan Parlimen terputus sebanyak dua kali pukul 12 tengahari tadi.

Kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar ketika ditemui media menjelaskan pihaknya juga sedang menyiasat punca kejadian tersebut.

Kejadian itu menyebabkan kesemua Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat bergelap dua kali selang beberapa saat.

Sehubungan itu, Dewan Rakyat berhenti bersidang sehingga punca masalah bekalan elektrik ke bangunan utama Parlimen itu diatasi.

-tvsnews-

Tiada ulasan: