"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kajian: 54% pengundi Galas tunggu 'tawaran politik'

Lebih separuh daripada pengundi di Galas masih menyembunyikan pendirian politik mereka dan mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap "tawaran politik" daripada kedua-dua parti bertanding- PAS dan BN.


Menurut kajian terkini sebuah firma penyelidikan bebas, golongan tersebut mewakili 54.1 peratus daripada 11,553 pengundi di DUN itu.


"Jumlah peratusan sebanyak 54.1 peratus ini juga dilihat menyediakan peluang terbuka kepada kedua parti ini untuk berusaha meyakini dan memenangi hati pengundi untuk parti masing-masing menang dalam pilihan raya ini," ringkasan kajian oleh Ilham Centre itu dipetik.


Sementara itu, kajian mengenai sikap dan kecenderungan pengundi itu juga mendapati 22 peratus daripada 486 responden di semua unit peti undi Galas menyokong BN.


Manakala PAS pula hanya mendapat 15.6 peratus sahaja.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: