"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemilihan PKR: Timbalan, Zaid mendahului

Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim masih mendahului dalam perebutan jawatan nombor dua dalam PKR.

Berdasarkan keputusan rasmi setakat semalam (68 cabang), beliau kini mendapat keseluruhan 3,683 undi meninggalkan pencabar terdekat Naib Presiden Azmin Ali dengan 3051 undi.

Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.


Sementara itu Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Badrul Hisham Shaharin mendahului Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dalam perebutan kerusi nombor satu dalam sayap itu dengan kelebihan 104 undi sahaja.
Berdasarkan keputusan rasmi daripada kesemua 68 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendapat 1,123 undi manakala Shamsul sebagai penyandang mendapat 1,029 undi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: