SHAH ALAM 4 NOV: Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) ,Syed Shahir Syed Mohamud akan mempertahankan jawatan selaku Presiden kesatuan itu untuk penggal ketiga. Ia bakal menyaksikan persaingan kem Presiden Syed Shahir Syed Mohamud dan Setiausaha Agung G Rajasekaran bulan depan.
Ketika dihubungi TV Selangor, Syed Shahir menjelaskan proses penamaan calon kini berjalan lancar dan masih belum dimuktamadkan.
"Saya sendiri akan mempertahankan jawatansebagai Presiden.
"Setakat ini kita belum dimuktamadkan lagi, penamaan calon sudah dikemukakan kepada MTUC dan tarikh tutup penamaan adalah 1 November, tetapi tarikh tutup penerimaan adalah 22 November, setakat ini belum dimuktamadkan lagi," katanya.
Menurut Syed Syahir lagi, setakat ini ramai calon yang mahu masuk bertanding. Maknanya banyak kesatuan gabungan menamakan calon-calon, tinggal lagi terpulang kepada calon itu sendiri untuk menentukan samada mereka untuk meneruskan atau sebaliknya.
"Saya sendiri memang yang kita tahu isu-isu yang tertangguh akan diteruskan seperti isu gaji minimum, isu gaji hilang pekerjaan, soal mengenai tamat perkhidmatan, jaminan pekerjaan dan isu-isu yang berkaitan undang-undang buruh, isu ini masih belum selesai dan akan terus perjuangan ini sehingga berjaya," katanya.
Ditanya tentang saingan yang bakal dihadapinya beliau menjelaskan, sengit itu tak pasti, tetapi saya rasa akan ada pencabar untuk jawatan presiden.
-tvsnews-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan