"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pejabat Agung PAS terbakar

Harakahdaily  
 
 KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Bagaimanapun kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.

Kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini apabila para petugas Pejabat Agung itu mula melihat asap berkepul-kepul keluar dari tingkat 1 yang menempatkan bahagian pentadbiran bangunan PAS itu.

Kebakaran itu kemudiannya mula merebak ke bawah sehingga ke tingkat bawah.

Selepas bomba sampai, semua kakitangan pejabat tidak dibenarkan masuk ke bangunan itu lagi.

Menurut seorang kakitangan, kebakaran dipercayai bermula dari satu cerek elektrik yang terlupa ditutup.

Bangunan Pejabat Agung PAS itu mula diduduki pada tahun 2007.

Bangunan itu secara asasnya dibeli dengan harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh 'merger bank' iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.

Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya.

Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta dengan berkata kos keseluruhan mencecah RM8 juta.

Bangunan itu menempatkan pejabat pentadbiran yang terletak di tingkat 1, surau di tingkat menzanie, kedai sebbaneka di tingkat bawah serta bilik mesyuarat utama di tingkat 5.

Tiada ulasan: