"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN diramal menang, PKR mampu ketepi SAPP

Ramalan awal oleh sebuah pusat penyelidikan bebas menunjukkan BN mampu mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi, tetapi dengan jumlah undi dan majoriti yang lebih kecil.
NONECentre for Strategic Engagement (Cense)- sebuah organisasi penyelidikan polisi politik dan awam - dalam satu laporannya mengenai Batu Sapi, meramalkan BN boleh memenangi pilihan raya kecil itu dengan memperolehi 7,394 undi atau 45 peratus daripada anggaran 18,273 pemilih yang keluar mengundi Khamis ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia tiga minggu lalu dalam kemalangan jalan raya, menang kerusi parlimen itu dengan memperolehi 9,479 undi, untuk menewaskan calon bebas Chong Kwong Wing, yang mendapat 5,771 undi.
NONEPKR pula dijangka menduduki tempat kedua dalam persaingan sengit dengan SAPP. PKR dijangka memperolehi 4,597 atau 28 peratus undi, manakala SAPP pula dianggarkan mampu mengautkan 4,282 atau 26 peratus undi.

Laporan tersebut, yang dibuat didasarkan "sentimen semasa", mengambil kira 15 peratus peralihan sokongan di kalangan pengundi Cina - daripada BN kepada pembangkang - tambahan kepada lima peratus peralihan sokongan pegundi majoriti bumiputera Islam kepada pembangkang.

Cense 
bagaimanapun menegaskan bahawa anggaran peralihan sokongan itu adalah pada paras minimum, dengan kemungkinan peratusannya akan lebih tinggi daripada yang dijangkakan.
yong teck lee and sappLaporan itu menjelaskan bahawa PKR dijangka mengetepikan SAPP untuk berada di tempat kedua, berdasarkan kepada usaha berterusan Pakatan Rakyat untuk menembusi kubu BN di kalangan masyarakat bumiputera Islam itu, yang terdiri daripada hampir 60 peratus daripada 25,582 pengundi berdaftar di Batu Sapi.

Manakala SAPP pula dijangka mampu mengekalkan sokongan majoriti pengundi Cina yang seramai 9,737 orang, yang dilihat lebih berpihak kepada pembangkang.

Situasi ini, bagaimanapun, boleh memberi kelebihan sokongan kepada pembangkang secara umumnya, dengan sokongan untuk BN 
berpotensi merosot di kalangan pengundi Cina ketika tempoh kempen hanya tinggal 24 jam lagi.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: