Ust Saiful Bahri
Mencari kesalahan dan mengkambing-hitamkannya cukup mudah. Bolehlah disenarai kekurangan yang dicatat. Tetapi
bincanglah dalam program dalaman untuk muhasabah. Bagi diambil manfaat bersama.
Nak disalahkan UMNO-BN, itu memang kerja mereka. Kalau tidak taklah namanya UMNO-BN. Itu dah sedia maklum. Mereka akan mengambil segenap peluang dan kesempatan demi mengekalkan survival politik mereka.Setiap apa yang baik itu datang daripda Allah dan kelemahan dan kekurangan itu datang daripada kita sendiri. Dalam pilihanraya, rakyat yang membuang undi. Mereka yang membuat keputusan. Dan setiap kaum itu tidak diubah oleh Allah Swt melainkan ia mengubah nasib mereka sendiri. Maka disana banyak lagi kelemahan an kekurangan kita semua sebagai pejuang untuk menegakkan agama Allah Swt yang perlu dibaiki serta perlu dimuhasabahkan sesama kita. Mesej kita belum mendasari ke akar umbi. Kepada setiap rakyat yang menjadi pengundi.
Yang penting al-Quran dan al-hadis adalah panduan kita semua. Ketika mana Allah Swt menguji para sahabat dan mereka yang bersama dengan Rasulullah Saw dengan peristiwa perang Hunain. Meskipun sebelum itu beberapa kali mereka diberi kemenangan oleh Allah Swt
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (Ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi sombong kerana banyaknya jumlah (mu), Maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun . Surah at-Taubah : 25.أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّى هَذَا قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah al-Imran : 167Kekalahan mengikut definisi manusia ini sudah dilalui oleh kita sebelum ini. Bahkan kalau kekalahan dalam pilihanraya itu disebut, kalah undi itu normal, kalau menang itu pelik!. Bahkan Pas dalam pilihanraya pernah hilang wang deposit. Adakah menyebabkan kita lemah? Tidak sekali-kali.
إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, Maka Sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'. dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, Surah al-Imran : 140.Sebab itu tiada kekalahan mengikut kamus dan definisi pejuang Islam. Sebab matlamat mereka adalah keredhaan Allah Swt dan apa yang menjadi perkiraan dan perhitungan adalah amal atau kerja. Semuanya dikira dan dihitung disisinya. Semoga ia dikira sebagai amal soleh. Kamus mujahid mencatatkan bahawa hanya ada dua dapatan yang diperolehi. Samada menang atau syahid. Tetapi mati dijalan Allah itu juga kemenangan disisi Tuhan dan itulah statu yang tertinggi. Matlamat sebenarnya sudah digariskan Allah Swt yang menjadikan kita istiqamah dalam perjuangan. Menang atau kalah hanyalah suka-duka perjuangan. Sebagai bunga-bunga diperjalanan. Matlamat sebenar amal kita sebagaimana digariskan Allah Swt dalam surah as-saff: 12:
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah kemenangan yang besar.Cuma sebagai kesukaan kepada orang yang berjihad, Allah Swt memberi juga kemenangan diatas muka-bumi ini. Kemenangan yang dekat. Kemenangan memerintah diatas mukabumi ini dan itu merupakan kepastian. Bila??? Allah Swt yang tahu. Kalaulah dicukupkan cirri dan syarat kemenangan itu, InsyaAllah sampai masanya takkan kemana. Buah yang sudah masak dan ranum, pasti akan gugur jua. Janganlah dijolok kerana kurang sabar, kerana kemenangan yang demikian tidak matang dan sementara.
Kerana itulah ucapan dari saya adalah tahniah dan syabas! Buat semua petugas-petugas, ahli dan penyokong semua yang berjaya berkerja dan beramal dijalan Allah Swt sepanjang PRK Galas ini. Kepada mereka yang telah menyumbang segenap kemampuan masa, wang ringgit, harta, tenaga. Semoga amal kita diterima sebagai amal soleh. Kita berkhidmat segenap keupayaan demi untuk kemenangan Islam. Tanpa rasa ogah, kecewa dan putus asa. Kita bertemu lagi dilain PRK ataupun dalam PRU-13 nanti sebagai medan sebenar kita demi melangsungkan perjuangan dibumi bertuah ini. Semoga Allah menganugerahkan kita dengan istiqamah. Kemenangan sebenar adalah kemenangan dunia & akhirat. Teruskan jihad kita…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan