BEIJING: Sebuah mahkamah di tengah China semalam menjatuhkan hukuman penjara terhadap dua anggota polis yang cuba merogol dua gadis belasan tahun.
Dalam kejadian itu, seorang daripada mangsa mati selepas cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat sembilan.
Gong Cheng, anggota polis di wilayah Hunan, dijatuhi hukuman mati dengan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun, yang biasanya dipinda kepada penjara seumur hidup.
Menurut kenyataan mahkamah di Xiangxi, anggota polis itu memasukkan dadah ketamin ke dalam minuman kedua-dua mangsa di sebuah karaoke sebelum cuba merogol mereka.
-AP-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan