"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akuan Bersumpah Palsu - Bala Cabar Peguam Negara Dakwanya


KUALA LUMPUR, 6 NOV: Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam menyelar tindakan kerajaan kerana menutup kes dua akuan bersumpah yang dibuat beliau.

Akhbar portal Malaysiakini melaporkan, Bala dalam satu surat terbuka kepada Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang dihantar ke akhbar terbabit menyatakan beliau berasa terkejut dengan hasil siasatan  polis bahawa tiada sebarang kesalahan telah dilakukan.

Keputusan itu, katanya dibuat walaupun beliau sudah membuat pengakuan telah menandatangani surat akuan bersumpah palsu.

"Saya percaya polis telah meyiasat keadaan menyelubungi dua kenyataan akuan bersumpah yang dibuat di bawah seksyen 199 penal kod yang membawa kepada hukuman penjara tiga tahun serta denda..Ini bukan satu kesalahan remeh.

Oleh demikian, saya terkejut dengan alasan pihak tuan bahawa tuan tidak dapat menyimpulkan sebarang kesalahan telah dibuat hasil dari bukti-bukti yang ketara dikumpul oleh polis dalam siasatan mereka," tulisnya lagi dalam salinan surat terbuka yang dihantar kepada Malaysiakini.

Sambil berkeras bahawa akuan bersumpah keduannya adalah palsuu, beliau menggesa pihak berkuasa untuk membuka semula fail kes terbabit.

"Akuan bersumpah yang pertama adalah keseluruhannya benar. Yang kedua pula,adalah pembohongan semata-mata dan saya mengakuinya," tulisnya lagi.

Bala, turut mencabar peguam negara utnuk mendakwanya kerana membuat kenyataan palsu dalam akuan bersumpah keduanya sambil menegaskan bahawa beliau bagaimanapun berhak untuk mengaku tidak bersalah kepada tuduhan kerana yakin mempunyai asas pembelaan diri yang kuat.

Beliau seterusnya menyatakan kesediaannya untuk pulang ke negara ini untuk membela dirinya namun meminta jaminan daripada Abdul Gani memastikan keselamatanya memandangkan ada pihak yang tidak menyenangi kepulangan beliau.

Bala, dalam akuan bersumpah  pertamanya telah mendedahkan bahawa Altantuya adalah perempuan simpanan Najib sebelum model tersebut diserahkan kepada rakan baiknya, Razak Baginda.

Namun, 24 jam selepas beliau membuat pendedahan berkenaan melalui surat akuan bersumpahnya, Bala dikatakan telah dipaksa menarik balik surak akuan bersumpah terbabit dan seterusnya membuat satu lagi surat akuan bersumpah antara kandungannya mengandungi kenyataan bahawa beliau membuat surat akuan bersumpah pertama dalam keadaan tertekan dan dipaksa.

Bala kemudiannya telah menghilangkan diri bersama keluarganya sebelum muncul kembali beberapa bulan lalu.

Beberapa laporan polis telah dibuat berikutan itu dan Suruhanjya Piencegah Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan menyiasat dakwaan bahawa kumpulan terbabit telah merasuah dan mengugut Bala untuk menandatangani surat akuan bersumpah keduanya.

SPRM, bagaimanapun tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyiasat aduan yang dibuat dan turut berdolak dalik apabila membatalkan pertemuan untuk merakam kenyataan Bala di London pada saat-saat akhir.
-tvsnews-

Tiada ulasan: