‘Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan.’ Benarlah firman Allah. Ia bukan setakat menyuruh, tetapi SANGAT menyuruh. Nafsu bila diturut, ia akan mengarut.
Sebuah akhbar hari ini (5 Nov 2010) melaporkan tentang seorang putera raja sebuah negara jiran Malaysia yang punya patung erotik (bahasa berlapik) dengan nilai AS $11 juta (RM33.9 juta).
Bayangkan jumlah RM33.9 juta berada di tangan jutawan mukmin. SubhanAllah! Satu kompleks pendidikan tahfiz atau pondok terbaik dengan segala prasarana. Pelajar hanya tumpu belajar. Makan minum, tempat tinggal, duit poket/biasiswa selama beberapa tahun jangan risau.
Ada baki lagi? Sebuah ladang ayam organik dan kilang memproses tercanggih berciri taqwa dibina bagi menampung keperluan orang Islam yang terdedah dengan segala macam syubhat.
Tapi apabila wang ringgit sudah terlampau banyak-sekali lagi-bukan banyak, terlampau banyak sedangkan taqwa tiada di hati, nafsu masih terlalu tinggi, bisikan syaitan supaya boros meniti di hati, lantas ia hanya digunakan untuk ukiran patung.
Patung itupun sudah haram. Tapi bukan sebarang patung, ia patung erotik yang menggambarkan sebuah kelucahan. maka jadilah haramnya itu berganda-haramnya boros, haramnya patung, haramnya erotik itu. Dan itulah hasil sebuah runtunan nafsu yang menggila di zaman moden ini. Atau lebih tepat, di akhir zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan