"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemenangan Berganda BN Bukan Petanda Sudah Diterima Rakyat : Aziz Bari

KUALA LUMPUR 6 NOV: Kemenangan berganda BN di Galas dan Batu Sapi bukan petanda pentadbiran Najib Razak sudah diterima rakyat tegas penganalisis politik Professor Dr Aziz Bari.

"Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.

"Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja," kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.

"Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.

"Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor," ujar beliau lagi.

Beliau berkata lagi kedua-dua pilihan raya kali ini tidaklah memberi impak berantai pada landskap politik Malaysia.

"Dalam konteks Malaysia pilihan raya kecil adalah sesuatu yang sepatutnya dimenangi oleh BN yang turut dibantu oleh SPR dan sistem yang tidak adil "Ini tidak semestinya memberi gambaran positif bagi pilihan raya kecil" ujar Aziz Bari.

"Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada perubahan siapa pun menang kerajaan negeri dan pusat tetap sama " tambah beliau.
-tvsnews-

Tiada ulasan: