Mohad Sayuti Omar
NAMPAKNYA para pemerhati politik dan bloger yang bersimpati dengan Pas masih terus meracau dan mencari sebab musaba kenapa Pas tewas parah di Galas. Dengan menolak takdir itu juga disebabkan perbuatan manusia juga wajar kalau mereka mencari di manakah kesilapan Pas. Usah dilihat kepada kekekutan BN tetapi cubalah menyelami kesalahan diri sendiri. Tragedi yang berlaku itu adalah kombinasi antara kelemahan diri dengan kekuatan musuh.
Jadilah manusia yang bersikap tasamuh.
Ada macam-macam yang digali dan diselidiki. Kerana kurang berhati-hati dan mungkin juga kerana diulik perasaan dengki dan marah, maka dicakar kepada orang-orang tertentu. Segala penyakit lama dikait dan dihimpunkkan dan dicampakkan di Galas untuk membusukkan orang-orang tertentu. Janganlah begitu, tidak baik.
Tuhan memesankan kepada kita, supaya berikhtiar kemudian bertakwa. Berbaik sangkalah kamu sesama kamu dan diminta bertasbeh dan bersyukur. Saya yakin kalau mereka yang berminat nak mencari di mana sebab musbaab atau suis kekalahan Pas ia akan ditemui.
Carilah... bagi saya, seperti saya katakan saya membuat ulasan dan meletakkan kesalahan kepada apa yang dapat dilihat, dapat dirasa dan dihayati sendiri. Yang kita tahu. Sedikit-sedikit didengar. Kandatipun ada lagi sebab-sebab ghaib yang sukar untuk dihuraikan. Bukan sukar kalau dihuraikan tetapi untuk tidak menimbulkan masalah kerana ia menyentuh soal hidup dan aspirasi politik orang lain, elak tangguhkan dulu.
Marilah kita sama-sama mencari dan menggalinya tanpa 'melesetkan' (melumurkan) kepada sesiapa. Sekiranya kita menemui suis dan rahsia itu, apakah ianya wajar atau sebaliknya sama-sama kita fikirkan? Apakah strategi itu silap dan dianggap memakan diri sendiri? Politik adalah penyelesaian masalah ummah dan bukannya penimbul masalah kepada ummah. Tidak ada ertinya politik kalau ia boleh menyusah dan memperpanjangkan masalah ummah.
Saya yakin apa jua tindakan baik di sebelah kiri atau kanan tujuannya sama untuk menyelesaikan masalah ummah. Apa juga strategi diambil untuk kemenangan Pas. Dalam konteks Galas untuk kemenangan rakyat. Adalah celaka ahli politik yang berstrategi dengan niat kalau untuk menjahamkan negeri dan menyusahkan rakyat. Pemimpin yang sedemikian sejahat-jahat pemimpin wajar disalit di pohon balak.
Jadi kepada pencari jawaban kepada kekalahan Pas hendaklah bertenang dan menbeleknya dengan baik. Jangan berprangsangka, apa lagi kalau cuba menarik kambing-kambing putih untuk dijadikan kambing hitam bagi menjustifikasi kekalahan itu. Ini bukan masanya untuk melakukan korban, ingat kepada kenduri di hapan masih besar dan memerlukan pengorbanan dan bukan melakukan korban.
Sekiranya apa yang saya ketahui ini jawaban kepada persoalan itu, atau menjadi punca kepada kekalahan itu maka bolehlah didedahkan agar tidak menimbulkan ruang fitnah kepada orang lain dan demi menyelamatkan orang lain juga tidak tersalut dengan darah merah fitnah. Pendedahan itu rasanya tidak elak di ruang terbuka. Sesiapa berminat bolehlah bertemu secara peribadi bukan saja demi mengetahuinya tetapi mengkaji sejauh manakah kebijaksanaan atas strategi itu.
Tengku Razaleigh Hamzah ketika mengulas kemenangan bergaya UBN itu mengucap terima kasih kepada Pas? Kenapa?
Bagi yang bijak pandai mendengar kenyataan dan ulasan itu sudah dapat mengintai di mana duduk perkara sebenarnya. Ini mesti ada sesuatu yang perlu dihurai dan ditafsirkan berpandukan pelbagai lembaga dan kitab politik? [wm.kl.1:10 pm 05/11/10]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan