"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banjir - Empat Terkorban, lebih 50,000 Dipindahkan Setakat Ini


KEDAH 5 NOV:  Banjir besar melanda wilayah semenanjung utara telah mengorbankan empat nyawa dan hampir 50 ribu orang terpaksa dipindahkan setakat ini.

Jumlah yang dipindahkan di Kedah semalam meningkat hampir 40,000 tatkala keadaan di Perlis air mulai surut.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan berterusan di Kedah dan Perlis.

Namun,mangsa banjir di Kedah kini berkurangan kepada 33,350 orang berbanding 39,785 petang semalam, berikutan semakin ramai mangsa di daerah Kubang Pasu yang dibenarkan pulang tetapi daerah Kota Setar menunjukkan peningkatan ketara mangsa banjir. 

Selain itu, daerah Pokok Sena turut mencatatkan penurunan manakala daerah Padang Terap kekal dan Pendang meningkat sedikit. Sehingga 8 pagi ini, bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah 12,341 orang daripada 3,324 keluarga berbanding 21,111 orang petang semalam.

Daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 18,926 orang daripada 4,866 keluarga berbanding 16,376 semalam. Di Padang Terap, jumlah mangsa adalah seramai 354 orang daripada 92 keluarga, Pokok Sena 1,480 mangsa daripada 250 keluarga dan Pendang 249 orang daripada 62 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga kini, 97 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, sembilan di Padang Terap, 42 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang. 

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di perairan Condore, Reef North dan Pulau Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Sabtu, 6 November 2010. 

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dalam perkembangan lain, satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 skala Richter telah berlaku di Luzon pada pukul  12.40 pagi.

Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 13.0 utara longitud 123.3 timur. 978 km dari timurlaut Sandakan, Sabah. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
-tvsnews-

Tiada ulasan: