"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Debat Najib-Anwar Penting Pastikan Malaysia Tak Muflis

ustnik
Janji 100 hari Pakatan Rakyat jika memerintah Malaysia tiba-tiba merungsingkan BN. Bagi Pakatan Rakyat, ia adalah janji realistik yang mampu dilakukan. Najib pula mengatakan ia boleh membawa Malaysia bankrap. Melalui berita radio, saya dengar ucapan Najib (lebihkurang ayatnya): ‘Dalamasa 2 tahun laksanakan janji itu, Malaysia boleh bankrap macam Greece.’ Ayat ini sangat penting

Anwar dan PR kata tak muflis. Najib dan BN kata janji 100 hari boleh muflis. Tak mungkin kedua-duanya benar. Salah seorang berbohong. Tapi siapa?

Malaysia menuju muflis juga sangat penting. Ertinya kalau Pakatan Rakyat memerintah dan menunaikan janjinya itu, ucapan Najib itu mungkin menjadi kenyataan, iaitu Malaysia boleh bankrap dalamasa 2 tahun.

Tapi dari fakta yang ada yang disiarkan dalam pelbagai media alternatif, termasuk ucapan terakhir Dato' Mustafa Ali dan Anwar di program Himpunan Kebangkitan Rakyat: PAS Ganti UMNO, PR Ganti BN di Geliga, Kemaman pada hari Sabtu 15 Jan 2011 menunjukkan janji itu mampu ditunaikan dengan izin Allah.

Justru, apa penyelesaian terbaik? Ia tidak lain melainkan satu debat terbuka antara Najib dan Anwar mesti diadakan.

Di Amerika, UK dan beberapa negara lain, termasuk negara haram Israel, rasanya, boleh mengadakan debat antara pemimpin tertinggi parti. Kalau begitu, mengapa Najib takut? Kalau sungguh rakyat tidak akan terpengaruh dengan janji kosong PR, mengapa tidak bersedia berdebat?

Kalau janji PR boleh bawa negara muflis, di atas dasar mempertahankan negara dari muflis, maka sepatutnya Najib bersedia mempertahankan Malaysia dari menjadi muflis dengan sebab janji kosong PR itu?

Najib ada pakar ekonomi. Anwar ada pakar ekonomi. Masing-masing sediakan fakta dan angka. Bentangkan dalam debat itu. Apa takut?

Najib kata debat tidak mendatangkan hasil. Siapa kata? Atau takut kalah dengan janji ‘kosong' PR itu. Kalau sungguh BN mendahulukan rakyat, Najib mesti bersedia berdebat dengan Anwar, dan biarkan rakyat yang menonton secara langsung melalui TV itu menjadi hakimnya. Masih takut?

Tiada ulasan: