"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ATM siasat dakwaan anggota terbabit kes rogol

Noor Hidayah Tanzizi

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) terbabit kes rogol yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai dakwaan berkenaan.

“(Dakwaan tular berkenaan) sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu, tular di platform Threads beberapa hantaran yang mendakwa seorang anggota TDM merogol seorang wanita sehingga mangsa melahirkan anak.

Hantaran itu turut mendakwa pihak kem tidak memberi kerjasama dan menghalang mangsa membuat laporan polis.

Hantaran turut mendedahkan nama anggota dan pegawai, nama kem serta gambar mereka berpakaian seragam, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Tiada ulasan: