"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki retak tengkorak dibelasah dengan topi keledar, kayu

AMRAN ALI
LOKASI kejadian di Kampung Pengkalan Rama Pantai, Melaka, tempat dua lelaki menjadi mangsa serangan sekumpulan lelaki dalam kejadian awal pagi tadi.
MELAKA – Seorang lelaki mengalami retak pada bahagian tengkorak, manakala rakannya cedera selepas dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan kerusi plastik, topi keledar dan kayu dalam kejadian di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 41 dan 46 tahun dikatakan berhenti berhampiran sebuah tokong untuk mengambil sebuah motosikal yang ditinggalkan di lokasi berkenaan sebelum didatangi sekumpulan lelaki.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas berkata, mangsa bagaimanapun diserang kumpulan itu mengguanakan kerusi plastik, topi keledar dan kayu sehingga mengalami kecederaan.

“Pada pukul 1.48 pagi, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerima maklumat mengenai pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki.

“Pemeriksaan pasukan polis di lokasi mendapat seorang lelaki mengalami kecederaan parah, manakala seorang lagi cedera pada bahagian dahi dan dagu,” ujarnya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan, hasil siasatan awal, polis telah menahan lima lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 34 tahun pada hari yang sama bagi membantu siasatan.

“Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala tiga lagi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” tambahnya.- KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: