KOSMO!

Pelakon wanita yang didakwa positif dadah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi pendakwaan. Foto oleh Amir Khalid/KOSMO!
KUALA LUMPUR – Pelakon wanita membintangi drama kepolisan terkenal yang ditahan selepas didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan tidak berlesen tiba di Kompleks Mahkamah di sini bagi pendakwaan.
Wanita berkenaan tiba pada pukul pada pukul 8.49 pagi tadi.
Sebelum ini media melaporkan, pelakon terbabit ditahan selepas didapati positif tiga jenis dadah sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
Pelakon wanita itu ditahan di dalam salah satu bilik VIP bersama beberapa individu lain.
Ujian saringan awal ke atas pelakon berusia 40 tahun terbabit mendapati dia positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan