"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zico persoal kemenangan Argentina

Agensi
ZICO (kiri) enggan mengiktiraf kebangkitan lawan sepenuhnya. FOTO Reuters
ZICO (kiri) enggan mengiktiraf kebangkitan lawan sepenuhnya. FOTO Reuters
Atlanta: Penyerang Mesir, Mostafa Zico tidak dapat menahan emosi apabila mendakwa kekalahan negaranya 3-2 kepada Argentina dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia adalah 'diatur'.

Bintang 'The Pharaohs' itu menyifatkan beberapa keputusan pengadil, Francois Letexier sebagai tidak adil ketika juara bertahan bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang di Atlanta.

Zico turut menjadi mangsa keputusan kontroversi apabila golnya dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) atas dakwaan berlaku kekasaran dalam gerakan yang membawa kepada jaringan itu.

Mesir juga merasakan mereka sepatutnya diberikan sepakan penalti selepas Mohamed Salah dijatuhkan dalam kotak penalti beberapa saat sebelum Enzo Fernandez menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan pada masa kecederaan.

Ketidakadilannya sangat jelas. Dia menekan kami sejak awal perlawanan. Dia tidak mahu kami menang.

"Perlawanan ini seperti sudah diatur. Kami mendahului 2-0 tetapi dia terus memberikan tekanan kepada kami.

"Tahniah kepada Argentina untuk satu lagi Piala Dunia, nampaknya," kata Zico.

Zico sebelum itu meledak gol kedua Mesir menerusi serangan balas pantas pada minit ke-67 sebelum Argentina bangkit menerusi jaringan Cristian Romero, Lionel Messi dan Fernandez.

Bagaimanapun, Zico enggan mengiktiraf kebangkitan lawan sepenuhnya.

"Kami tidak pernah menganggap perlawanan sudah berakhir. Kami tahu kami menentang juara dunia dan antara pasukan pilihan.

"Tetapi jika mereka menang semata-mata atas keupayaan sendiri, perasaan kami tentu berbeza," katanya.
-hmetro 

Tiada ulasan: