"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!! Wanita misteri ceroboh sekolah Banting, tikam pelajar perempuan

Bernama
story-imageSeorang pelajar perempuan cedera selepas dipercayai ditikam oleh seorang wanita di sebuah sekolah di Banting dekat Shah Alam pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi, yang mengesahkan perkara itu berkata mangsa berada dalam keadaan stabil dengan sebarang maklumat lanjut akan dikongsikan segera.

“Ya kejadian berlaku, kenyataan media awal akan dikeluarkan untuk pengesahan dan keadaan mangsa stabil,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan kekecohan di sebuah sekolah apabila seorang wanita berpakaian serba hitam sedang memegang sebilah pisau dan berlegar dalam kawasan sekolah berkenaan.

- Bernama

Tiada ulasan: