FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang mekanik direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang remaja 15 tahun dirogol dan disamun ketika berjoging di Palekbang, Tumpat, bulan lalu.
Sinar Harian melaporkan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi mengeluarkan perintah reman bermula hari ini hingga 14 Julai terhadap suspek berusia 24 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 376 dan 394 Kanun Keseksaan kerana merogol serta samun sehingga menyebabkan kecederaan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja perempuan dipercayai menjadi mangsa samun dan rogol lelaki tidak dikenali ketika berjoging bersama adik lelakinya di Palekbang pada 17 Jun lalu.
Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan cedera berhampiran kawasan semak kira-kira 11 pagi sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan