"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zambri dalam kegelapan

Dalam masa negeri Perak sedang dilanda kemelut politik , terdapat juga soksek-soksek yang agak lucu.

Orang ramai mulai membandingkan antara ketokohan Zambry dan Nizar . Ini mungkin kerana gara-gara Zambri yang cuba meniru Nizar ,menyampaikan tazkirah di surau SUK .

Zambri memerlukan seorang Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, lalu dilantik olehnya Chang Ko Youn ; walhal yang sebenarnya , Zambri sekadar memerlukan seorang jurubahasa Cina kerana beliau tidak pandai berbahasa Cina sepertimana Nizar.

Beliau melantik S Veerasingam sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat India ; adalah kerana beliau tidak menguasai bahasa tersebut dan hanya memerlukan S.Veerasingam sebagai jurubahasa sahaja, tidak sepertimana Nizar yang boleh bertutur bahasa India.

Tetapi apabila Zambri melantik Najmuddin Elias Al-Fulus sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama , orang ramai mulai sangsi tentang agamanya dan bertanya : Dia baru masuk Islamkah?

Hoi kawan tolonglah sikit jangan celupar ikut sedap mulut berkata! Zambri tu memang orang Islam sejak dilahirkan...Mungkin ramai yang keliru sewaktu Zambri sama-sama dengan pernganut Hindu di Gunung Churoh sewaktu nyambut Thaipusam baru-baru ini....hingga kan orang kamera TV pun susah nak mencarinya ....semua nampak macam Zambri belaka....

Persoalan yang penting sekarang ialah , orang ramai mulai bertanya : Apa gunanya kita ada Tok Mufti yang telah sedia ada dengan taraf Exco?

Dengar khabarnya, Mufti kita tu dapat RM30 ribu sebulan? Takkanlah Zambri tak boleh mendapat nasihat daripada Tok Mufti kita tu?

Dan apabila orang ramai ditanya : Apasal Zambri perlukan seorang Ketua Penerangan? Mereka semua akan menjawab : Sebab Zambri dalam kegelapan !

Ya! Zambri dan gerombolannya dalam kegelapan. Speaker Dewan Perak dah arahkan DUN bersidang pada 3 Mac ini, dan Zambri yang dalam kegelapan itu cuba membantah arahan tersebut - dengan mengatakan 
di sini. Biarkanlah dia dan Najibberlagak seperti Peguam Negara.                                                                        
Zambri memang dalam kegelapan sungguh kerana beliau terpaksa pula berhadapan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) yang akan memanggilnya untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri Perak.                                            

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir.
"PAC yang mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Kewangan negeri, di sini semalam memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan pelantikan tiga penasihat Menteri Besar baru dan Ketua Penerangan kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak di sini
                                                                                                                                                                  http://alhusseyn51.blogspot.com/

Tiada ulasan: