"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doktor temui pokok dalam paru-paru

 

POKOK setinggi lima sentimeter ditemui dalam paru-paru Sidorkin. 

Gambar X-ray menunjukkan imej seperti pokok fir
membesar dalam paru-paru

Sidorkin. 


IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu
supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam
perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini
terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi
lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang
berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di
sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati
terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray
tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat
benda lain.

"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr.
Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan
disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang
amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya,"
kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki
paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian
membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

Tiada ulasan: