"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Isu kuil sepatutnya diselesai lebih awal - Abdullah

KEPALA BATAS: Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya menyelesaikan isu pemindahan kuil di negeri itu lebih awal bagi mengelak daripada berlakunya ketegangan kaum.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan negeri Selangor perlu tahu bahawa kelewatan mengambil tindakan menyelesaikan isu pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Shah Alam, boleh menimbulkan kekecohan.

"Saya baca dalam surat khabar, kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar akan memilih satu tempat lain yang diterima baik untuk bina kuil.

"Sepatutnya tindakan seperti ini dibuat awal lagi. Jangan tunggutunggu, kalau tunggutunggu jadilah macammacam yang tidak baik," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan dermasiswa dan hamper Aidilfitri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bantahan menggunakan kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan terhadap cadangan penempatan semula kuil Hindu itu di Seksyen 23.

Abdullah berkata perkara yang berlaku itu telah tersebar dan ia menggambarkan bahawa hubungan antara kaum di negara ini tidak baik serta terdapat masalah berkaitan isu agama.

Beliau berkata isu berkaitan agama seharusnya diselesaikan dengan baik kerana kebiasaannya ia menimbulkan reaksi yang keras antara pihak terlibat sehingga boleh menyebabkan berlakunya ketegangan dalam masyarakat.

Katanya pihak terlibat sepatutnya menggunakan saluran yang betul bagi menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati dan bukan dengan mengadakan demonstrasi dan tindakan menghina agama lain yang akan merumitkan lagi keadaan.

-BERNAMA-

[Masa jadi PM dulu tengah ada kuasa buat kerja apa Pak Lah oii..tidoq saje ka?]

Tiada ulasan: