"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adakah petanda tak cukup duit rasuah?

Penarik Beca

Dalam posting bertajuk "Hentikan mainan api perkauman demi pencapaian...", Pengerusi Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA, Datuk Tee Lian Ker menulis:

Bagi MCA, kenyataan Ibrahim itu merupakan cerminan kukuh bahawa masih ada segelintir kumpulan-kumpulan berkepentingan tertentu di luar sana yang masih mengamalkan mentality zero-sum serta tidak mahu melihat kejayaan kontraktor dari kaum lain.

Kenyataan tersebut yang dilihat menggambarkan bahawa kebanyakan syarikat-syarikat korporat Cina di negara ini sebagai tidak tahu mengenang budi adalah tidak berasas dan hanyalah merupakan tuduhan yang didorong oleh perasaan emosi.Adakah kemarahan kepada kontraktor-kontraktor Cina yang "tidak tahu berterima kasih" itu hakikatnya adalah petanda tak cukup lambakan rasuah kepada parti perasuah dan bajingan-bajingan tengiknya? Kalau Altantuya Shaariibuu masih hidup, barangkali wanita yang diletupkan mayatnya dengan C4 itu boleh memberikan jawapannya.

Woi tauke! Lu olang kasi dia makan kenyang-kenyang la! Kita mesti perpaduang!

http://penarikbeca.blogspot.com

Tiada ulasan: