"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nak keluar keluarlah...........

Roslan SMS

Sebentar tadi seorang pemberita menghubungi saya bertanya darihal reaksi PAS terhadap 77 orang ahli PKR dan PAS yang didakwa menyertai Umno di Permatang Pauh baru-baru ini.

Dan saya juga dimaklumkan bahawa pagi tadi ahli Parlimen Nibong tebal Tan Tee Beng dari PKR turut mengisytiharkan keluar parti setelah sebelumnya bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairus dan bekas Setiausaha Agung PKR Salehuddin Hashim (anak bekas ahli parlimen PAS Hashim Gera) turut berbuat demikian.

Saya nyatakan kepada wartawan berkenaan mereka yang keluar parti khasnya dari PAS, kami anggap sebagai sesuatu yang positif. Kerana ia membersihkan parti dari anasir yang mampu merosakkan parti dari dalam jika mereka terus berada dalam parti. Lazimnya orang PAS tidak keluar parti melainkan yang tegar bermasalah. Namun saya meragui juga angka di Permatang Pauh itu jika benar ada ahli PAS kerana lazimnya yang dah PAS tidak akan begitu.

Namun demikian saya tegaskan angka itu terlalu kecil dan kualiti ahli yang didakwa PAS itu pun entah tahap mana, untuk memudaratkan parti dengan tindakan mereka itu saya rasa jauh sekali.

Apa pun saya nyatakan fenomena ini tidaklah mampu mencetuskan gelombang ahli-ahli keluar tak kiralah PAS atau PKR. Malah bagi PAS sendiri di Selangor mulai bulan Mac ini kami sedang siap-sedia menerima ahli-ahli Umno yang dijadualkan berlaku di 20 kerusi DUN yang PAS tandingi di Selangor. Kami akan turun ketiap-tiap DUN dengan diketuai Dato Dr Hasan Ali dan bekas Ketua Umno Bahagian PJS Dato Kapten (B) Zahar Hashim dengan rakan-rakan bekas Umno yang dah pun menyertai PAS. Dijangkakan menderu-deru ahli-ahli Umno akan keluar dan menyertai PAS.

Yang pastinya mereka yang tinggalkan Umno itu rasional kerana banyak sebab dan punca yang boleh mendorong mereka khasnya di Selangor ini setelah 2 tahun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Tetapi untuk tinggalkan yang baik ini kerana nak menyertai Umno??? Saya tak pasti apa rasionalnya, tambah-tambah pula Umno di Selangor semakin parah dan tenat.

Kesimpulannya disaat PAS menempa kejayaan PAS pasca PRU ke 12 ini tidak masuk akal jika orang PAS mahu meninggalkan partinya, kecualilah orang tadi senteng akalnya........

http://n32.blogspot.com/

Tiada ulasan: