"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hulu Selangor: Samy temui Najib, serah nama calon

G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi berhubung persediaan menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berkata beliau telah menyerahkan surat mengenai nama wakil yang akan diletakkan oleh MIC di bahagian itu kelak.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sekali lagi dalam dua, tiga hari lagi,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad Khamis lalu.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: